TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING
BAHAGIAN KAUNSELING DAN KERJAYA, JSS
BAHAGIAN KAUNSELING DAN KERJAYA, JSS
- Membantu Kaunselor Sekolah /Guru Bimbingan membuat perancangan tahunan yang menepati kehendak perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
- Menyelia, menyelaras dan menilai perlaksanaan program bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah pengawasan.
- Merancang program pembangunan staf untuk maksud mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
- Memastikan Kaunselor Sekolah / Guru Bimbingan mempunyai sistem file yang baik dan kemaskini.
- Memastikan Kaunselor Sekolah/ Guru Bimbingan membuat laporan dan meneliti laporan tersebut.
- Menyelia program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
- Menganjurkan program/aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah dan rokok.
- Mengadakan sesi kongsisama bagi program /aktiviti yang dirancang.
- Membawa ke perhatian Ketua BKK jika ada perkara-perkara yang berbangkit dan berat yang memerlukan perhatian pihak yang berkenaan.
- Merancang lawatan-lawatan ilmiah yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
- Membuat laporan kepada Ketua BKK.
- Memberikan taklimat dan ceramah ke sekolah-sekolah dan agensi-agensi.
- Membuat lawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi sekolah-sekolah di bawah pengawasan.
- Sebagai tenaga pengajar Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling
- Bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti yang diperlukan.
- Melaksanakan tugas-tugas sepertimana yang diaturkan / diarahkan oleh Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR SEKOLAH DAN GURU BIMBINGAN
- Mengumpul dan menyimpan maklumat klien / pelajar dengan sistem fail yang teratur (rekod sesi kaunseling, rekod kecenderungan kerjaya dan rekod-rekod inventori.
- Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
- Merancang, melaksana dan mengawalselia program / aktiviti pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
- Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui kajian keperluan, soal-selidik, perbincangan dengan pelajar, guru-guru, ibubapa dan pentadbiran sekolah.
- Membimbing para pelajar memahami tingkahlaku yang diterima / tidak diterima masyarakat.
- Membimbing pelajar tentang dunia kerjaya (mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat; merancang dan melaksana program dan aktiviti mengenai peluang-peluang ke pengajian tinggi dan kerjaya kepada pelajar).
- Membimbing pelajar membentuk personaliti positif melalui program-program yang terancang.
- Perkhidmatan melatih Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
- Membina hubungan dengan masyarakat luar.
- Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif (mengandungi bahan-bahan rujukan / maklumat mengenai kerjaya, pengajian tinggi, tatacara temuduga, biasiswa, penggendalian masa, stress management dsb).
- Membimbing pelajar menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri.
- Merancang, melaksana dan menyedia program / aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik.
- Membina hubungan baik dengan pelajar, guru-guru dan ibubapa / penjaga pelajar.
- Menilai keberkesanan program bimbingan dan kaunseling dan berusaha untuk meningkatkannya.
- Memberikan ceramah / bengkel motivasi, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar, guru-guru dan ibubapa.
- Berperanan sebagai pakar rujuk. Guru-guru atau ibubapa yang menghadapi masalah serius dengan pelajar / anak dapat merujuk kes tertentu kepada kaunselor sekolah.
- Membuat laporan kegiatan tahunan dan menyerahkan laporan tersebut kepada pengetua dan Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah.