Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah adalah salah satu program integrasi dan sokongan
bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar dalam bidang akademik, perkembangan
personaliti, kemahiran sosial dan keperluan perkembangan kerjaya yang
bersesuaian.
- Setiap sekolah menengah dan Pusat Tingkatan Enam hendaklah mempunyai Kaunselor Sekolah yang berkelayakan, terlatih dan bertauliah untuk mengendalikan Program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
- Setiap sekolah rendah hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru bimbingan yang telah menghadiri Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling. Manakala sekolah rendah yang mempunyai keramaian murid 500 orang keatas hendaklah mempunyai seorang Kaunselor Sekolah.
- Nisbah kaunselor kepada pelajar ialah 1:500, 2:1000 dan 3:1500 dan seterusnya.
- Bagi guru-guru yang berkelulusan Sijil/Diploma Kaunseling yang dilantik sebagai Kaunselor Sepenuh Masa dikenali sebagai Kaunselor Sekolah manakala guru-guru yang berkelulusan Sijil Kursus Asas Bimbingan dan Kaunseling (Kursus yang dikendalikan oleh Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah) dikenali sebagai Guru Bimbingan.
- Kaunselor Sekolah dikecualikan dari tugasan mengajar sementara Guru Bimbingan hendaklah diberikan waktu mengajar maksima sebanyak 20 waktu seminggu sahaja.
- Kaunselor Sekolah dan Guru Bimbingan bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan laporan kepada Pengetua / Guru Besar, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kerjaya dan Pengarah Sekolah-Sekolah.
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menyediakan program dan aktiviti tahunan yang meliputi komponen-komponen berikut:-
o
Perkembangan
Personaliti
o
Perkembangan
Akademik
o
Pendidikan
Kerjaya
o
Sesi
Kaunseling
- Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah dan maktab-maktab disediakan untuk semua pelajar dari peringkat rendah, menengah, vokasional, teknikal dan pra-universiti.
- Setiap pelajar berhak untuk mendapatkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
- Setiap sekolah dan maktab perlu mempunyai Program Bimbingan dan Kaunseling yang dinamik, bersistematik dan kemaskini.
- Program Bimbingan dan Kaunseling diselia dan dinilai oleh Bahagian Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah.
- Semua keterangan atau informasi peribadi pelajar yang menerima perkhidmatan kaunseling hendaklah direkod dan difailkan secara berasingan dari rekod kemajuan akademik pelajar mengikut etika kaunseling.
- Setiap sekolah hendaklah mempunyai bilik kaunseling yang mengandungi bahagian-bahagian berikut:
- Bilik pejabat kaunselor sekolah
- Bilik Kaunseling Individu
- Bilik Kaunseling Kelompok yang juga digunakan sebagai bilik sumber kerjaya.